AKTIVIS yang hilang Amri Che Mat di bawah pengawasan polis dan bekas Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar tahu mengenainya, kata Norhayati Ariffin kepada siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini.
Norhayati, yang merupakan isteri kepada aktivis dari Perlis yang hilang, Amri Che Mat berkata, maklumat itu didedahkan kepadanya oleh pegawai Cawangan Khas, yang hanya dikenali sebagai Sarjan Shamzaini pada 12 Mei.
Katanya, selain Khalid, beliau diberitahu bahawa Timbalan Pesuruhjaya Awaluddin (Jadid) dan keua polis Perlis juga tahu bahawa suaminya dipantau berhubung urusan forex dan pengajaran syiah.
Norhayati berkata Shamzaini memaklumkan kepadanya beliau merupakan anggota polis selama 18 tahun.
“Katanya 10 tahun bertugas di Kuala Lumpur dan lapan tahun di Perlis.
“Katanya polis memantau Amri dan ASP Razman menghantar semua maklumat berkenaan Amri (aktiviti) ke Bukit Aman.
Norhayati berkata Razman ialah pegawai atasan Shamzaini dan mengetuai pengawasan Amri.
Beliau memberitahu panel siasatan beliau turut menyoal Shamzaini mengenai di maa Amri dan Pastor Raymond Koh, tetapi Shamzaini mendakwa tidak tahu.
Dalam kenyataanya sebelum ini, Norhayati berkata Amri dilarikan secara paksa. Pesuruhjaya Nik Salida Nik Salleh, yang juga anel siasatan itu memintanya untuk beri penjelasan.
Norhayati berkata, beliau diberitahu leh Shamzaini bahawa Amri dipukul, keretanya dipecahkan dan ditinggalkan di Bukit Cabang. Beliau juga berkata Koh dilarikan kerana didakwa menukar agama orang Islam.
Amri dipercayai dilarikan sekumpulan individu menaiki kenderaan pacuan empat roda di Kampung Padang Behor.
Koh sementara itu, diculik pada 13 Februari tahun lalu oleh beberapa lelaki bertopeng yang menggunakan kenderaan SUV untuk menyekat keretanya di Petaling Jaya. Beliau gagal dikesan sejak itu.
“Mereka berdua dilarikan dan masih tiada petunjuk kehilangan mereka.
“Terdapat persamaan kerana mereka dilihat mempunyai kes penculikan,” katanya.
Tambah Norhayati, Shamzaini memberitahunya beliau tidak terlibat dalam penculikan Amri dan menambah beliau berada di Kuala Lumpur ketika insiden itu berlaku dan mempunyai bukti.
Shamzaini dijadualkan untuk beri keterangan esok.
Suhakam sedang melakukan siasatan awam terhadap kehilangan Amri, Koh, Pastor Joshua Hilmy dan isteri Joshua, Ruth, untuk memastikan sama ada kes-kes kehilangan melibatkan pihak berkuasa.– 30 Mei, 2018.
Komen