PEGAWAI Cawangan Khas yang memutuskan untuk mendedahkan mengenai penculikan dua aktivis tampil hanya kerana terdapat kerajaan baharu, kata Norhayati Ariffin kepada siasatan awam Suhakam hari ini.
Norhayati merupakan isteri kepada aktivis dari Perlis yang hilang Amri Che Mat. Beliau memberi keterangan hari ini berhubung laporan polis yang dibuat, mendakwa pasukan khas di ibu pejabat polis Bukit Aman bertanggungjawab ke atas penculikan suaminya dan Pastor Raymond Koh.
Maklumat ini didakwa didedahkan oleh pegawai Cawangan Khas di Perlis yang ditemui kali pertama pada 12 Mei di kediamannya di Kangar, Perlis.
Dalam keterangannya hari ini, Norhayati berkata lelaki terbabit, yang dikenalinya sebagai Sarjan Shamzaini, bercakap dengannya kira-kira dua jam pada 12 Mei.
“Pada mulanya dia diam ketika saya bertanya kepadanya adakah dia seorang polis,” katanya.
Namun kemudian dalam perbualannya, beliau didakwa memberitahu Norhayati beliau memutuskan untuk tampil kerana terdapat kerajaan baharu dan tidak mahu terbabit kemudian dalam kehilangan Amri.
“Shamzaini kata beliau buat keputusan untuk bercakap tentang Amri kerana tidak mahu terbabit.
“Saya tanya kepadanya sekali lagi adakah dia seroang anggota polis dan ketika itulah dia menunjukkan kad kuasa polisnya,” katanya.
Shamzaini kemudian memberitahunya, beliau menjadi polis selama 18 tahun - 10 tahun di Kuala Lumpur dan lapan tahun lagi di Perlis. – 30 Mei, 2018.
Komen