Langsung: Isteri aktivis hilang beri keterangan hari ini


Noel Achariam

Isteri kepada aktivis Perlis Amri Che Mat, Norhayati Ariffin ketika dipanggil semula ke hadapan panel siasatan Suhakam hari ini.– Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 30 Mei, 2018.

SIASATAN Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) diadakan hari ini selepas laporan yang mengejutkan dibuat oleh isteri seorang aktivis yang hilang, mendakwa polis terbabit dalam kehilangan suaminya.

Norhayati Arrifin, isteri kepada aktivis Perlis Amri Che Mat, dipanggil semula ke hadapan panel siasatan itu selepas membuat laporan mendakwa seorang pegawai polis memberitahunya bahawa satu pasukan dari ibu pejabat polis Bukit Aman terbabit dalam penculikan Amri dan Pastor Raymond Koh.

Norhayati Arrifin dijangka memberi keterangannya di ibu pejabat Suhakam di Jalan Raja Laut.

Pegawai polis yang didakwa memberi maklumat itu kepadanya, seorang pegawai Cawangan Khas dari Perlis, dipanggil memberi keterangan esok.

Amri, seorang aktivis sosial dan pedagang forex hilang paa 24 November, 2016 selepas keluar dari rumahnya untuk berjumpa kawan.

Beliau dipercayai diculik sekumpulan orang yang menaiki kenderaan pacuan empat roda yang mengepung keretanya di Kampung Padang Behor.

Koh diculik di Petaling Jaya pada 13 Februari tahun lalu oleh kira-kira 15 lelaki dengan tiga kenderaan SUV berwarna hitam.

Suhakam mengadakan siasatan awam mengenai kehilangan Amri, Koh dan Pastor Joshua serta isteri Ruth Hilmy untuk mengenal pasti sama ada kehilangan mereka secara paksa oleh pihak berkuasa.

The Malaysian Insight akan membawakan persidangan itu secara langsung:

12.15pm: Jerald kemudian bertanya Norhayati apa yang beliau fikir selepas pertemuannya dengan Shamzaini. 

Norhayati berharap apa yang dikatakan pegawai polis itu benar. 

“Kami harap nama yang diberikan akan dipanggil untuk beri keterangan 

“Saya juga harap beliau diberikan perlindungan.”

Inkuiri tamat dan akan bersambung 12 Jun.

12.05pm: Norhayati kemudiannya memberitahu ahli panel bahawa selepas pertemuannya dengan Shamzaini, beliau segera menghubungi kawan rapat Amri, Anwar dan Aizat. 

“Selepas ceritakan kepada mereka perbualan (dengan Shamzaini). Saya juga beritahu mereka Shamzaini berkata Razman yang merancangnya (penculikan) tetapi Bukit Aman yang mengambil Amri.”

Peguam Amri Jerald Gomez kemudian menyoal Norhayati adakah beliau tidak risau mengenai Shamzaini kerana dedahkan maklumat mengenai Amri kepadanya. 

Norhayati berkata pada mulanya beliau tidak risau tetapi kemudian terfikir beliau mungkin berdepan dengan masalah. 

11.50am: Pesuruhjaya Mah kemudiannya bertanya Norhayati adakah beliau mengenali ASP Razman dan Shamzaini dari Bukit Aman.

Norhayati berkata beliau diberitahu oleh Shamzaini bahawa Razman adalah pegawainya dan orang yang bertanggungjawab untuk memantau Amri. 

Norhayati juga berkata beliau memberitahunya beliau tidak terlibat dengan penculikan Amri. 

“Katanya dia berada di Kuala Lumpur ketika penculikan itu dan dia ada bukti.”

11.25am: Pesuruhjaya Mah Weng Kwai meminta Norhayati menjelaskan niatnya mengapa bertanya Shamzaini mengenai kehilangan Koh. 

Norhayati berkata, belia bertanya tentang Koh kerana kehilangannya sama dengan bagaimana Amri diculik.

“Kedua-dua mereka dilarikan dan masih belum diketahui sebab kehilangan mereka. 

“Terdapat persamaan kerana kedua-duanya adalah dilarikan secara paksa.”

11am: Norhayati berkata selepas perbualannya dengan Shamzaini, dia kemudian memberitahu bahawa Inspector Koh diajar (oleh polis) bagaimana cara memberi keterangan di Suhakam.

Norhayathi kemudian berkata selepas mendapat nasihat daripada Sheryll Stothard, penyelaras untuk keluarga Amri dan Koh, beliau membuat laporan polis di Shah Alam.

10.35am: Norhayati kemudian tanya Shamzaini kenapa Amri diambil dan diawab bahawa kerana terbabit dalam syiah dan aktiviti forex.

“Saya tanya di mana Amri dan Shamzaini kata dia tidak tahu.

“Saya kemudian tanya tentang kes Koh (Pastor Raymond ) dan kenapa dia diambil.

“Shamzaini kata dia diambil kerana memurtadkan.”

Pesuruhjaya Nik Salida kemudian bertanya apa maksud Norhayati dalam kenyataannya yang Amri diambil secara paksa.

Norhayati kemudian memberitahu panel itu bahawa Shamzaini memberitahunya Amri dipukul, keretanya dipecahkan dan ditinggalkan di Bukit Cabang.

10.15am: Norhayati berkata Shamzaini kemudian beritahu bertugas sebagai pegawai polis selama 18 tahun.

“Dia kata 10 tahun di Kuala Lumpur dan lapan tahun di Perlis.

“Dia kata polis membuat pemerhatian dan ASP Razman menghantar semua maklumat tentang aktiviti Amri ke Bukit Aman.”

Norhayati berkata Shamzaini memberitahunya ketua polis Perlis tahun bahawa Amri dipantau.

Katanya, Shamzaini juga memberitahu DCP Awaluddin dan Khalid Abu Bakar (bekas ketua polis) tahu tentang perkara itu (Amri dipantau).

10.05am: Norhayathi kemudian diberitahu oleh Shamzaini dia berani untuk dedahkan semua kerana kerajaan sudah bertukar.

“Sham berkata dia buat keputusan untuk bercakap tentang Amri kerana dia tidak mahu terlibat.

“Saya tanya lagi adakah dia pegawai polis dan masa itu dia tunjukkan kad pengenalan polisnya dan kad pengenalan.”

9.45am: Norhayathi berkata itu kali pertama berjumlah Shamzaini dan bersetuju untuk bercakap dengannya kerana dia ada maklumat tentang Amri.

“Kami kemudian duduk di beranda rumah bersama anak perempuan saya.

“Dia kemudian kenalkan diri sebagai Sham. Saya tanya adakah dia pegawai polis tetapi dia tidak mahu jawab.

“Sham Cuma kata dia mahu mendedahkan apa yang berlaku pada Amri.”

9.35am: Pegawai Suhakam tanya Norhayati tentang pertemuannya dengan Sarjan Shamzaini.

Norhayati berkata beliau bertemunya pada 12 Mei jam 10.303 malam di rumahnya.

Sarjan itu datang dengan motosikal dan berpakaian biasa.

Mereka berbual selama dua jam dan pulang pada 12.50 tengah malam.

9.25am: Siasatan awam Suhakam bermula dengan isteri aktivis Amri Che Mat dipanggil memberi keterangan.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen