Khidmat polis pengiring Najib ditarik balik


Radzi Razak

Kenderaan bekas perdana menteri Najib Razak dilihat meninggalkan kediaman peribadinya di Taman Duta tanpa pengiring.– Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 29 Mei, 2018.

KHIDMAT polis dan pengiring bekas perdana menteri Najib Razak telah ditarik balik. 

Najib menerusi Facebook hari ini berkata, beliau mengucapkan selamat jalan kepada kumpulan pengawal pengiring, Unit Tindakan Khas, polis pengiring dan pegawai yang ditugaskan untuk menyediakan kawalan keselamatan dan bantuan kepada beliau dan keluarga sama ada di Pejabat Perdana Menteri serta di kediaman rasminya Seri Perdana hari ini.

“Sejak beberapa minggu ini, kesemua pegawai keselamatan, polis pengiring serta pegawai bantuan yang ditugaskan kepada saya sudah ditarik balik oleh kerajaan baharu kecuali seorang pegawai ADC (Aide De Camp),” tulis beliau. 

Tinjauan The Malaysian Insight di kediaman peribadi Najib di Taman Duta mendapati beliau dan rombongan beberapa kenderaan meninggalkan kawasan itu pada jam 6.45 petang.

Bagaimanapun pada jam 7.48 malam, hanya sebuah kenderaan dilihat kembali ke kediaman tersebut iaitu kereta yang selalu dinaiki Najib dan isteri.

Najib kini berhadapan dengan siasatan berkenaan penyelewengan 1MDB oleh polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). – 29 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • After all he is no more the PM.

    Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Ken destino · Ulasan