SHAFIE Apdal mengarahkan kajian komprehensif terhadap operasi Yayasan Sabah dan perjanjian pembalakan, dalam usaha untuk menamatkan perjanjian berat sebelah yang hanya memberi sedikit keuntungan kepada yayasan itu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pejabat ketua menteri hari ini, yayasan berkenaan dan pengendali sumber balak, Rakyat Berjaya Sdn Bhd, menanggung kerugian besar dab beban hutang.
Beliau berkata, “operator eksklusif” yang dikaitkan dengan bekas ketua menteri Musa Aman menuai sebahagian besar keuntungan dari kayu yang ditebang di kawasan pengurusan yayasan itu.
Berikutan itu, operator pembalakan milik yayasan terbabit, Rakyat Berjasa Sdn Bhd, menanggung kerugian besar sejak empat tahun lalu.
RBJ Jabatan Perhutanan Sabah menguruskan Hutan Simpan Ulu Segama dan Hutan Simpan Malua di bawah Pengurusan Hutan Lestari di kawasan tanah hutan berkeluasan 241,098 hektar.
“Sekarang ini nampaknya kontraktor yang berkaitan menuai keuntungan menerusi aktiviti pembalakan sementara Yayasan Sabah membayar gaji dan dalam sesetengah kes bahkan menanggung hutang.
“Adalah jelas bahawa terdapat sesetengah individu mengaut keuntungan daripada operasi pembalakan sedangkan Yayasan Sabah dipaksa memperkecilkan organisasi mereka kerana kewangan yang sedikit untuk beroperasi,” kata Shafie yang memberi taklimat berhubung perkara itu pada Isnin lalu.
Ahli Parlimen Semporna itu mengumumkan sekatan sementara terhadap eksport balak dan turut mengarahkan kajian semula konsesi balak yang dikeluarkan daripada pentadbiran BN sebelum ini.
Shafie berkata beliau sedar masalah pembalakan haram dan perdagangan baladi negeri itu dan sekatan itu akan memastikan bekalan kayu baak mencukupi untuk kegunaan domestik bagi meningkatkan industri perabot dan industri berasaskan kayu, dan dalam masa yang sama mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah.
Beliau turut mengaitkan aktiviti pembalakan di Sabah dengan kematian gajah pigmi dan hidupan liar lain kerana Shafie mahu menunaikan janji pilihan rayanya untuk menyiasat aktiviti pembalakan haram oleh kerajaan sebelum ini.
Shafie turut merancang untuk menjalankan siasatan awam terhadap urusan pembalakan Yayasan Sabah dan dakwaan penggubahan wang haram terhadap bekas ketua menteri Sabah, Musa Aman. – 29 Mei, 2018.
Komen