KERAJAAN negeri Sabah akan menyerahkan kepada pihak berkuasa memburu bekas ketua menteri Musa Aman atas kesalahan jenayah lampaunya, kata Shafie Apdal.
“Saya serahkan kepada pihak berkuasa. Kerajaan negeri ada kerja yang lebih penting daripada mengesan orang. Kita tidak terlibat dalam mana-mana siasatan terhadap Musa,” kata Ketua Menteri Sabah itu selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet negeri hari ini.
“Kalau pihak berkuasa perlukan bantuan dari kerajaan negeri dari segi maklumat atau dokumen, kita akan bantu.”
Menurut laporan media, Musa yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak kini menghilangkan namun rekod Jabatan Imigresen menunjukkan beliau dipercayai masih berada di Malaysia.
Musa mengangkat sumpah sebagai ketua menteri sehari selepas Pilihan Raya umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei tetapi Shafie yang merupakan Presiden Parti Warisan Sabah mendapat sokongan adun lebih banyak selepas BN kalah.
Polis kini sedang memburu Musa untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan proses intimidasi terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin. – 28 Mei, 2018.
Komen