MENTERI Pengangkutan Anthony Loke berkata laporan penuh mengenai kehilangan pesawat MH370 akan didedah kepada umum sebaik saja Kabinet dirujuk.
Laporan tersebut berada pada fasa akhir dan dibentangkan kepada umum nanti, katanya.
“Saya berjanji laporan akhir akan diumumkan dengan laporan penuh. Tiada laporan penuh sebelum ini, hanya laporan interim. Laporan penuh sedang disiapkan dan ia kini dalam fasa kahir,” kata Loke pada sidang media hari ini.
Ahli Parlimen Seremban itu juga berkata pencarian pesawat Malaysia Airlines yag hilang pada 8 Mac 2014 akan tamat pada 29 Mei selepas sebuah syarikat swasta, Ocean Infinity Ltd membuat kesimpulan.
“Lanjutan ialah sehingga 29 Mei. Kami masih belum terima sebarang tawaran,” kata Loke, merujuk kepada tawaran tambahan untuk meneruskan pencarian.
Pesawat Boeing 777 yang membawa 239 penumpang hilang ketika membuat penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Satu misi pencarian antarabangsa yang diketuai Australia telah dihentikan pada Januari tahun lalu selepas para penyiasat selesai mencari di kawasan leuas 120,000km persegi yang ditentukan menerusi analisis satelit trajektori pesawat itu.
Malaysia bersetuju untuk membayar Ocean Infinity tetapi hanya sekiranya ia menemui lokasi bangkai pesawat tersebut atau atau perakam penerbangan dalam tempoh 90 hari. – 28 Mei, 2018.
Komen