Rakyat perlu biasakan diri dengan cara Pakatan bekerja, kata Nik Nazmi


Sheridan Mahavera

Ketua Pemuda PH Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Pakatan Harapan tidak mahu mengulang kesilapan kerajaan Barisan Nasional yang mempunyai budaya kerja tidak sihat. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Mei, 2018.

BIMBANG mengenai drama dan masalah dalaman parti didedahkan kepada orang awam oleh Pakatan Harapan (PH) baru?

Anda perlu membiasakan diri dengannya, kata Ketua Pemuda PH Nik Nazmi Nik Ahmad, kerana ini akan kebiasaan bagi pihak pentadbiran untuk terus bersikap jujur ​​dan terbuka ketika menghadapi masalah.

Tidak akan ada lagi pendapat yang dikongkong, sikap berdiam diri dan menafikan masalah, yang merupakan cara Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama, kata Ahli Parlimen Setiawangsa itu.

“Budaya seperti itulah yang menyebabkan hutang kerajaan meningkat kepada RM1 trilion dan punca skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Dan sekarang, rakyat Malaysia perlu membayarnya,” kata Nik Nazmi, mengulas mengenai penerangan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang kementerian terpaksa mengeluarkan hampir RM7 bilion untuk menyelamatkan 1MDB.

Beliau berkata rakyat Malaysia perlu membenarkan suara-suara ini didengar, mengatakan dalam demokrasi yang matang, perbezaan pendapat antara pemimpin parti yang sama sudah dijangka.

Nik Nazmi menjelaskan budaya kerja PH kepada The Malaysian Insight apabila ahli politik PH dikecam baru-baru ini kerana dikatakan tidak bertindak bijak apabila bersuara cakap dari belakang.

Dua minggu lalu, rakan sekerja Nik Nazmi di PKR, Rafizi Ramli, dikecam oleh penyokong PH kerana mengkritik pelantikan Kabinet Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Rafizi mendakwa pelantikan portfolio dalam negeri, pertahanan dan kewangan tidak dilakukan secara rundingan dengan komponen PKR.

Nik Nazmi mempertahankan hak Rafizi untuk menyuarakan rasa tidak senangnya, dengan mengatakan mereka sedang berusaha memastikan proses pelantikan Kabinet dilakukan melalui persetujuan bersama.

“Perlu ada perundingan dan persetujuan bersama,” kata Nik Nazmi mengenai kritikan Rafizi.

“Orang ramai mengatakan terdapat saluran yang betul (untuk mengkritik), tetapi kadang kala, saluran yang betul ini sudah digunakan,” katanya, sambil menambah pemimpin dan penyokong PH tidak perlu sensitif mengenainya.

Lim dikritik minggu lalu kerana mengumumkan negara mempunyai hutang sebanyak RM1 trilion termasuk jaminan dan kerjasama sektor awam-swasta.

Ini jauh lebih besar daripada angka RM686.8 bilion yang didakwa pentadbiran BN sebelum ini sebagai hutang rasmi negara.

Bekas perdana menteri Najib Razak menuduh Lim menjejaskan keyakinan pelabur, tetapi Lim berkata beliau komited untuk bersikap telus sepenuhnya mengenai masalah negara.

Sikap terus-terang mengenai isu-isu awam, adalah ciri kerajaan negeri PH, kata Nik Nazmi, bekas ahli majlis eksekutif di Selangor.

Ia juga menjadi amalan sejak sekian lama di bawah pentadbiran PH Selangor yang menerima kritikan sebagai satu cara untuk memastikan kerajaan teru bertanggungjawab.

“Di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor, kritikan paling lantang terhadap kerajaan datang daripada kerusi ahli Parlimen (biasa), dan dalam jawatankuasa pemilih (dewan negeri).

“Dan, model Selangor berjaya. Kami memenangi lebih banyak kerusi dalam dewan sejak 2008.” – 28 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen