16,000 tandatangan petisyen Hadiah Nobel Keamanan untuk Dr Mahathir


The Malaysian Insight

HAMPIR 16,000 orang sudah menandatangani satu petisyen online yang mahu Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan kerana berjaya memimpin Pakatan Harapan (H) sehingga memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Alexandria Abishegam memuatnaik petisyen itu di change.org dan berkata dia mencalonkan Dr Mahathir kerana tokoh itu dianggap “Nelson Mandela Malaysia” kerana memimpin PH untuk menggulingkan BN yang telah memegang tampuk pemerintahan selama 60 tahun.

“Kejayaan Dr Mahathir menggantikan kerajaan Barisan Nasional selepas 60 tahun memerintah bukan hanya menakjubkan dan bersejarah tetapi membawa cahaya ‘Malaysia Baru’,” kata Alexandria menerusi hantarannya.

Peralihan kuasa turut berlaku dengan lancar kerana Dr Mahathir, katanya.

“Walaupun pelbagai tipu muslihat digunakan untuk menghalang pilihan raya yang adil, Dr Mahathir memberi inspirasi kepada jutaan pengundi - ‘rakyat biasa’ tanpa mengira latar belakang agama dan kaum -  untuk melawan dengan mengundi dan bersuara dengan cara yang aman dan tanpa keganasan,” Alexandria menambah. – 27 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen