PEMANGKU Presiden MyPPP Maglin D’Cruz dan bekas presiden M Kayveas masing-masing mendakwa presiden parti dengan mengadakan mesyuarat berasingan dalam masa sehari.
Pada mensyuarat yang diadakan di Pusat Daganga Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada Jumaat lalu D’Cruz dinamakan sebagai presiden MyPPP yang baru.
Hari ini MyPPP akan mempunyai dua mesyuarat di Selangor Chinese Assembly Hall, di mana Kayveas akan mempertahankan dakwaannya masih presiden parti.
Kayveas berpegang kepada surat Pendaftar Pertubuhan (RoS) bertarikh 18 Mei yang menyebut beliau akan kekal sebagai presiden MyPPP sementara menunggu siasatan mengenai masalah parti.
Manakala, Maglin mendakwa beliau adalah presiden selepas dilantik oleh 1,250 perwakilan semasa mesyuarat agung tahunan (AGM) ke-64 MyPPP Jumaat lalu.
Pada mesyuarat itu, ahli sebulat suara bersetuju Kayveas dipecat dan MyPPP kekal di dalam Barisan Nasional (BN).
Pada mesyuarat yang sama juga, bekas timbalan menteri Loga Bala Mohan dilantik sebagai Naib Presiden Kanan dan Dr Siva Kumar sebagai Naib Presiden.
Maglin memberitahu wartawan bahawa pada minggu lepas RoS memberitahunya “secara lisan” bahawa ia meluluskan AGM pada Jumaat lalu dan “kira-kira 85%” ahli majlis tertinggi MyPPP yang dipilih pada 2014 adalah puak beliau.
Pada 20 Mei, Maglin mengumumkan yang Kayveas bukan lagi ahli MyPPP sejak 25 April.
Beliau telah mengarahkan peguam parti untuk mengambil tindakan terhadap Kayveas kerana menyebut MyPPP telah membuat keputusan untuk keluar dari BN dan mendakwa tindakan Kayveas itu salah.
Bagaimanapun, pada 30 April, Kayveas menerusi hantarannya di media sosial berkata beliau sudah menarik balik surat peletakan jawatannya dan mengumumkan dirinya sebagai presiden semula.
Semalam, Kayveas memberitahu The Star yang beliau kekal presiden MyPPP.
“Peraturan pertama yang gagal mereka patuhi ialah memanggil mesyuarat tertinggi untuk menubuhkan jawatankuasa disiplin.
“Di bawah perlembagaan parti, mesyuarat itu hanya boleh diadakan atas arahan presiden,” Kayveas dipetik berkata. – 27 Mei, 2018.
Komen