KETIKA zaman kanak-kanak di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Mohamad Sabu sering melihat dan mendengar jet pejuang dan pesawat tentera membelah ruang udara berhampiran rumahnya.
Petang semalam, sebagai menteri pertahanan, beliau menaiki salah satu daripadanya - kapal terbang tentera Atlas Airbus A400M - yang membawanya ke pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Butterworth, Pulau Pinang.
Menteri baru itu mengakui sangat berbangga, kembali ke Pulau Pinang dan menghadiri majlis berbuka puasanya yang pertama di pangkalan tentera udara yang begitu dekat dengan rumahnya.
“Semasa kanak-kanak, saya selalu melihat pesawat tentera terbang. Hari ini adalah kali pertama saya terbang dalam A400M,” katanya kepada media ketika sidang akhbar keduanya sejak mengangkat sumpah minggu lalu.
Mohamad, presiden Amanah dan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang lebih dikenali dengan nama Mat Sabu, terkenal dengan keperibadiannya yang ceria dan penuh dengan sifat humor, yang menyebabkanya disenangi di kalangan penyokong Pakatan Harapan (PH).
Beliau sering berjenaka semasa memberi ucapan politiknya. Beliau pernah melemparkan mikrofon pada akhir ucapan yang bersemangat, menghiburkan orang ramai dan pengguna media sosial.
Tidak lama selepas dinamakan sebagai menteri pertahanan, beliau menjadi subjek jenaka, meme dan GIF, tetapi ahli politik popular itu mampu menerimanya.
Walaupun dengan protokol yang perlu dititikberatkan, Mohamad berseloroh ketika memberitahu media mengenai pengalamannya menaiki A400M sambil duduk di sebelah Panglima Tentera Darat Jeneral Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.
“Bunyi enjin itu sedap. Pendaratan tak goncang. Ia boleh menjadi penerbangan komersial.
“Hanya tempat duduk yang berbeza. Mereka panggil jump seat…bersiap siaga untuk terjun,” kata Mohamad.
Ada kalanya menteri baru itu kelihatan kaku, ketika berurusan dengan masalah pertahanan yang serius dan pertanyaan mengenai portfolionya.

Beliau mengakui masih dalam proses menyesuaikan diri dengan tanggungjawab dan kehidupan barunya, yang berbeza dengan zaman sebagai pembangkang sejak sekian lama yang ketika itu bebas untuk ke kedai kopi untuk bertemu orang lain.
“Saya sedang menyesuaikan diri tetapi saya mahu mengekalkan gaya Mat Sabu yang semua orang sedia maklum.”
“Ia menyentuh mengenai persediaan perang - tentunya mereka tidak menggunakan kereta kebal atau jet Sukhoi ketika itu - untuk menakutkan musuh kita dan musuh Allah.
“Adalah menjadi tugas kita memperkukuhkan kekuatan, bukannya melancarkan serangan terhadap negara lain. Kita akan terus memperkukuhkan pertahanan kita untuk menjadi pasukan keselamatan yang terbaik,” katanya.
Mohamad juga berkata beliau bersedia bekerja keras dengan tentera dan melindungi kebajikan mereka.
“Menjaga kesejahteraan pasukan keselamatan tidak akan menyebabkan negara muflis. Rrasuah dan penyalahgunaanlah yang boleh menyebabkan negara muflis.
“Saya boleh memberi ceramah sehingga satu atau dua jam tetapi masa sudah berubah selepas saya menjadi menteri,” kata beliau pada akhir ucapannya, menyebabkan kakitangan angkatan udara tertawa lagi. – 7 Mei, 2018.

Komen