BANTUAN kewangan di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dibayar kepada penerima pada Jun sebelum Hari Raya dan akan dipanggil dengan nama lain, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini.
Lim menerusi Twitternya mengesahkan apa yang perdana menteri Dr Mahathir Mohamad katakan sebelum ini selepas Pakatan Harapan menang PRU14, BR1M akan diteruskan.
“Sebagaimana diarahkan (oleh perdana menteri), BR1M (yang akan diberi nama lain) akan dibaar pada Jun sebelum Hari Raya Aidilfitri.
“Maklumat lanjut akan diumumkan minggu hadapan,” kata Lim pada akaun Twitternya hari ini.
Pengumuman itu dibuat selepas Umno meningkatkan kritikan terhadap kerajaan PH kerana membuang 17,000 penjawat awam kontrak lantikan politik. Parti Barisan Nasional berkata tidak benar semua itu lantikan “berasaskan kroni” dan kebanyakan mereka adalah penjawat awam berpendaatan rendah.
Dr Mahathir bagaimanapun berkata penjawat awam berpendaatan rendah akan dikekalkan namun di bawah kontrak yang akan dipinda.
Perdana menteri juga berkata BR1M akan dikaji semula bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak akan menerimanya.
Kerajaan BN sebelum ini memperuntukkan RM6.8 juta kepada 7.2 juta penerima tahun ini. Bayaran pertama dibuat pada Mac sebelum PRU14 yang diadakan pada Mei. Selepas Jun, bayaran ketiga dan terakhir untuk tahun ini dijadualkan pada Ogos. – 26 Mei, 2018.
Komen