Kumpulan Gerakan Belia 4B lawat Najib 


The Malaysian Insight

KUMPULAN belia hari ini mengetuai delegasi ahlinya untuk melawat bekas perdana menteri bagi mengucapkan terima kasih kerana naungannya.

Presiden Gerakan Belia 4B Mohd Nizam Omar berkata Najib Razak menjadi penaung bagi kumpulan itu selama 10 tahun

“Kami ziarah Datuk Seri Najib kerana beliau adalah mantan penaung belia 4B Malaysia.

“Dan kita mengucapkan terima kasih dan kita amat menghargai bantuan dan sokongan yang beliau berikan kepada 4B Malaysia sebelum ini,” katanya kepada pemberita di luar kediaman peribadi Najib di Jalan Langgak Duta.

Kumpulan belia berkenaan tiba kira-kira jam 12.30 tengah hari dan meninggalkan kediaman Najib pada jam 1.51 petang.

Beliau juga berkata perdana menteri dan timbalan perdana menteri secara automatik menjadi penaung kumpulan itu, yang kini menjadikan Dr Mahathir Mohamad sebagai penaungnya.

“Jadi automatik perdana menteri penaung kita dan juga timbalan perdana menteri.

Tambahnya, Najib turut membritahu mereka agar meneruskan perjuangan memberi inspirasi kepada belia di Malaysia.

“Jadi pun kita tak aturkan untuk datang, jadi sebelum kita mesyuarat nanti kita lawat dia.

“Dia cakap kita perlu teruskan pejuangan macam biasa, macam yang kita laksanakan tahun sebelum ini,” katanya. – 26 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen