KERAJAAN Pakatan Harapan akan mencari jalan untuk mengurangkan jumlah denda yang perlu dibayar kerana melanggar kontrak Malaysia untuk pembinaan Stesen Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) KL- Singapura, kata perdana menteri Dr Mahathir Mohamad kepada The Edge.
Dr Mahathir pada satu sesi temubual berkata, mengakui pembatalan projek berkenaan akan menyebabkan Malaysia terpaksa menanggung “wang yang banyak” walaupun projek berkenaan masih belum bermula dan kontrak masih belum dikeluarkan.
“Kita telah mengadakan perjanjian dengan Singapura. Jika kita langgar perjanjian, kita perlu bayar jumlah yang besar.
“Jadi kita sedang mencari jalan bagaimana untuk mengurangkan jumlah wang yang perlu dibayar kerana melanggar perjanjian,” katanya yang juga pengerusi PH apabila ditanya sama ada kerajaan akan menurunkan projek itu.
Projek HSR Kuala Lumpur-Singapura bernilai RM60 bilion dimeterai dibawah pentadbiran Najib Razak dan menyasarkan untuk mengurangkan masa perjalanan antara kedua-dua bandar kepada 90 minit.
Pada April, konsortium antara Malaysian Resources Corporation Bhd-Gamuda Bhd teoah dipilih untuk pembinaan di bahagian utara landasan, manakala Syarikat Pembenaan Yeoh Tiong Lay Sdn Bhd-TH Properties Sdn Bhd consortium (YTL-THP) dipilih untuk pembinaan di selatan.
Namun kontrak berkenaan hanya akan dianugerahkan selepas rundingan selesai.
Dr Mahathir mengulangi kenyataannya bahawa kerajaan akan mengadakan rundingan semula terma bagi projek Laluan Rel Pantai Timur yang mana kerja pembinaannya sudah bermula.
“Ya, kami akan runding semula terma, termanya sangat memberi kesan buruk kepada ekonomi kita. Pasaran sepatutnya gembira kerana kita memperkukuhkan kewangan kerajaan.”– 26 Mei, 2018.
Komen