BEBERAPA ahli akademik terkenal tanah air hari ini meraikan kebebasan yang dibawa kepada ahli akademik berikutan kerajaan Barisan Nasional pada 9 Mei lalu.
“Keadaan agak berbeza sebelum pilihan raya dan kini kerana sekarang lebih bebas. Saya boleh letakkan kepada Umni tetapi kamu tidak akan berbuat demikian terhadap mereka sekarang,” kata pensyarah undang-undang popular dari Universiti Malaya (UM) Profesor Madya Azmi Sharom.
“Mereka mungkin akan kembali tapi jangan terlalu awal,” katanya dalam nada bergurau ketika ucapan pembukaan forum “Towards a new progressive Malaysia post-GE14?” yang diadakan di UM hari ini.
Forum berkenaan dianjurkan oleh Institut Penyelidikan Pengurusan dan Inovasi, Fakulti Undang-undang dan Persatuan Kakitangan Akademik UM. Sesi forum berkenaan mengetengahkan Prof Mohd Hazim Shah Abdul Murad sebagai moderator.
Suasana pada forum berkenaan tidak pernah berlaku sebelum ini dan wakil tunggal dari Umno, Ahli Dewan Undangan Negeri Layang-Layang, Johor, Onn Hafiz Ghazi berdepan dengan ceramah ringkas daripada salah seorang peserta.
Peserta terbabit, Irfan, bertanya kepada Onn sama ada parti berkenaan perlu mengembalikan harta yang diambil daripada negara sebagai satu penebusan ke atas apa yang telah ia lakukan.
Onn bersetuju bahawa ia patut dikembalikan kepada rakyat walaupun tidak mengulas lebih lanjut.
Sesi forum berkenaan dimulakan dengan soalan daripada presiden Just World Movement Chandra Muzaffar yang bertanya mengapa hanya segelintir dalam Barisan Nasional (BN) sanggup bersuara berhubung skandal terbesar di dunia.
“Semua kecuali dua atau tiga sahaja, begitu ramai yang memilih untuk berdiam diri agar tidak menimbulkan kemarahan status quo,” kata Chandra.
Katanya, Malaysia mempunyai budaya neo-feudalisme, yang mana rakyat diarah supaya tidak mempersoalkan pihak berkuasa tetapi mempunyai kesetiaan yang tidak dapat dipersoalkan.
“Tetapi budaya ini semakin lemah apabila proses demokrasi menjadi semakin kuat oleh itu pada pilihan raya lepas adalah di mana rakyat Malaysia biasa bersuara berhubung skandal monumental,” tambahnya.
Exco Selangor dan ahli Parlimen Sri Serdang Dr Siti Mariah Mahmud berkata, kejayaan Pakatan Harapan boleh dikaitkan dengan perdana mnteri Dr Mahathir Mohamad yang mengetuainya.
“Pada mulanya, mereka tidak pasti untuk gelar Najib pencuri kerana beliau adalah perdana menteri. Tetapi Dr Mahathir muncul dan menggelarnya “pencuri” dan memberi keyakinan kepada kita untuk berbuat demikian,” kata pemimpin Amanah itu.
Beliau berkata status Dr Mahathir sebagai bekas perdana menteri enguatkan sokongan yang diperlukan oleh PH untuk menjauhkan BN.
Chandra berkata, pengundi di Kedah anggup menyatakan “mereka tidak akan mengundi ‘pencuri’.
“Ia tidak pernah berlaku sebelum ini,” tambahnya.
Katanya, ini menunjukkan integriti adalah penting bagi oengundi biasa dan kerajaan baharu perlu memberi perhatian kepada perkara ini apabila Parlimen mula bersidang.
“Kewangan politik, tiada lagi kontrak kepada saudara mara atau rakan, suruhanjaya anti rasuah yang bebas, parlimen perlu beri perhatian kepada sebaang pelantikan apabila Parlimen bersidang,” kata Chandra.
Pensyarah ekonomi UM Prof Edmund Terence Gomez berkata, kerajaan baharu perlu meletakkan undang-undang untuk pengurusan dana politik dan mengadakan lebih banyak perbincangan berhubung GLC.
Beliau berkata kerajaan baru mesti menyedari golongan elit perniagaan yang akan cuba mendekatkan diri dengan kuasa-kuasa baru yang ada.
“Sebab itu terdapat keperluan untuk lebih terbuka dan telus. Berhubung GLC, ini merupakan syarikat yang berkuasa dan sekiranya kerajaan mahu swastakan mereka, ia perlu dibuat dengan teliti,” kata Gomez.
Wakil Umno, Onn berkata kekalahan itu membantu BN menyedari perlunya perubahan.
“Sama seperti rakyat Malaysia perlu memberi masa kepada kerajaan dan ruang untuk membuat perubahan, peluang yang sama juga perlu diberikan untuk memikirkan semula strategi dan penjenamaan semula kami,” kata Onn, yang merupakan cucu kepada pengasas Umno, Onn Jaafar.
PH, katanya juga perlu ingat bahawa 52% pengundi tidak mengundi mereka.
Pada pilihan raya lalu, PH mendapat 48% undi popular manakala BN mendapat 32% dan PAS (17%).– 25 Mei, 2018.
Komen