Wanita MCA adakan kunjungan ke rumah Najib 


The Malaysian Insight

KETUA Wanita MCA Heng Seai Kie mengadakan lawatan ke kediaman bekas perdana menteri Najib Razak sempena Ramadan.

“Hari ini Ramadan, jadi kami datang melawat bekas perdana menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

“Kami sentiasa berhubung antara satu sama lain,” katanya kepada pemberita ketika meninggakan kediaaman Najib pada jam 4.10 petang hari ini.

Tambahnya, lawatan mereka juga sebagai tanda sokongan kepada Najib dan isteri.

“Sempena bulan Ramadan jadi Wanita MCA terdiri daripada ahli Jawatan Kuasa pusat mengadakan kunjungan ke kediaman Najib dan isterinya.

“Ia adalah lawatan untuk bertanya khabar dari semua Wanita MCA,” katanya.

Semalam Najib berada di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk soal siasat berhubung kes SRC International dan wang RM2.6 bilion yang disalurkan ke dua akaun peribadi miliknya.

Berikutan kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke 14, Najib kini disiasat oleh SPRM dan polis.

Beliau dituduh melakukan penyelewengan berkaitan 1Malaysia Development Berhad, yang mana SRC International merupakan anak syarikatnya.

Minggu lalu, polis menyerbu enam premis yang berkaitan dengan beliau dan merampas 284 beg tangan berjenama dan 72 bagasi berisi wang tunai, barang kemas dan barangan berharga lain.

Mereka turut merampas dokumen yang dipercayai mempunyai kaitan dengan 1MDB. – 25 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen