Azmin, Abu Kassim bertemu Daim 


The Malaysian Insight

DUA individu, menteri hal ehwal ekonomi Mohamed Azmin Ali dan bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Abu Kassim Mohamad, dilihat berada di Menara Ilham hari ni di mana mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) berlangsung.

Bagaimanapun, wakil daripada pejabat MPK berkata, kedua-dua mereka hadir untuk bertemu pengerusi MPK Daim Zainuddin atas kapasiti peribadi.

Abu Kassim merupakan salah seorang ahli pasukan khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kedua-dua mereka juga tidak tersenarai dalam jadual mereka yang sepatutnya mengadakan pertemuan dengan pihak majlis itu hari ini.

Ahli majlis berkenaan, Mohd Hassan Marican, Prof Jomo Kwame Sundaram dan Dr Zeti Akhtar Aziz enggan mengulas kepada media berhubung perkara yang dibincangkan pada mesyuarat itu.

Antara individu yang dijadualkan untuk bertemu dengan ahli majlis hari ini adalah bekas pemangku pengerusi Felda Global Ventures Dr Sulaiman Mahbib, ketua pegawai eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Sabin Samitah dan ketua eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Wan Ahmad Wan Yusoff.

Perdana menteri Dr Mahathir Mohamad telah melantik lima individu, Robert Kuok, Daim, Dr Zeti, Prof Jomo dan Hassan untuk menasihat kerajaan baharu Pakatan Harapan berhubung ekonomi dan kewangan.– 25 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen