Najib, anda perlu jelaskan 


The Malaysian Insight

MENGAPA mahu menyimpan RM114 juta dalam unit kondominium?

Adakah mereka tidak percaya dengan sistem perbankan? Atau ada motif lain untuk simpan wang di sana?

Kebanyakan rakyat Malaysia akan bangkitkan persoalan ini.

Dari mana wang itu datang dan sama ada jika ia milik Umno (yang dituntut parti), adalah satu lagi isu, untuk hari yang lain.

Polis berkata wang berjumlah RM114 juta dalam 35 buah bagasi dan 284 beg tangan ditemui di unit kondo di Pavilion Residences adalah milik seorang individu bergelar “Tan Sri” manakala 150 lagi beg tangan ditemui di unit kondominium milik anak perempuan Najib Razak.

Polis masih menyaring 37 lagi beg lain berisi barang kemas dan barang berharga lain yang ditemui di unit Tan Sri. Rampasan itu pasti lebih besar.

Jadi, siapakah Tan Sri ini? Mengapa beliau hanya berdiam diri?

Hakikatnya setakat ini: Polis menemui rampasan ini ketika menyiasat bekas perdana menteri Najib dan syarikat ang diilhamkannya 1Malaysia Development Berhad.

Najib kini mempunyai kewajipan moral untuk menerangkan mengenai rampasan ini yang disimpan di kondo berkenaan.

Beliau menggunakan laman Facebooknya baru-baru ini untuk menentang penilaian Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tentang ekonomi.

Najib masih belum ditahan. Beliau masih mempunyai akses kepada Facebooknya.

Jadi beliau tidak perlu membuag masa untuk jelaskan mengenai rampasan berkenaan.

Kepada penjawat awam berpendapatan rendah yang melakukan dua kerja sehari hanya untuk membiaya pendidikan anak mereka;

Kepada bekas penjawat awam yang ditolak hospital kerajaan kerana kehabisan bekalan ubat;

Kepada bekas pelajar yang dihalang daripada ke luar negara kerana tidak membayar pinjaman pelajaran;

Tetapi apa yang paling penting, jelaskan kepada rakyat Malaysia yang percaya kepada beliau dan partinya Umno dan meletakkan mereka di puncak kuasa untuk jangka masa yang lama mengenai segala persoalan ini. – 25 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen