DUA kenderaan termasuklah MPV Toyota putih Najib Razak dilihat meninggalkan kediaman bekas perdana menteri itu sekitar jam 10.02 pagi tadi.
Tidak ada peronda polis mengiringi dua kenderaan itu apabila ia meninggalkan rumah Najib di Jalan Langgak Duta hari ini.
Dijangkakan Najib akan pergi ke masjid untuk Solat Jumaat tengahari nanti.
Semalam, Najib menghabiskan tujuh jam di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk soal siasat berkaitan wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya daripada SRC International.
Selepas kejayaan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, Najib kini sasaran siasatan SPRM dan polis.
Dia dituduh melakukan korupsi dan pelbagai kesalahan lain berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). SRC International adalah bekas anak syarikatnya.
Minggu lepas polis menyerbu enam premis yang dikaitkan dengan Najib, merampas 284 kotak beg tangan berjenama dan 72 beg dipenuhi wang tunai dan barang kemas. Polis turut merampas dokumen berkaitan 1MDB. – 25 Mei, 2018.
Komen