Pakatan Selangor adakan perbincangan berhubung calon MB 


The Malaysian Insight

PAKATAN Harapan Selangor akan mengadakan perbincangan mengenai calon menteri besar baharu minggu depan, kata Menteri besar Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, perbincangan berkenaan diadakan sebelum nama tersebut dikemukakan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Apabila kita sudah bincang dan sudah ada keputusan, baru kita akan kemuka nama untuk perkenan Tuanku. Mungkin serahan nama akan dilakukan selepas Aidilfitri.

“Bila nama sudah diperkenan, majlis angkat sumpah jawatan akan dilaksanakan secepat mungkin,” katanya memetik laporan Bernama.

Dalam pada itu beliau turut menafikan spekulasi nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) disenarai pendek dan berkata semuanya akan diputuskan pada perbincangan itu. – 24 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen