Duta China bertemu Dr Mahathir 


The Malaysian Insight

DUTA China ke Malaysia Bai Tian bertemu Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya hari ini, mengucapkan tahniah kepada perdana menteri yang memegang jawatan itu buat kali kedua.

Bai, dalam satu kenyataan berkata, lawatan kali pertama Dr Mahathir sebagai perdana menteri, dari 1981 hingga 2003, meliputi separuh daripada 44 tahun sejak kedua-dua negara itu menjalin hubungan diplomatik.

“Ketika kali pertama kamu berkhidmat sebagai perdana menteri, kamu melawat China sebanyak tujuh kali, dan sumbangan penting kamu terhadap hubungan Malaysia-China menjadi asas kukuh bagi hubungan China-Malaysia yang komprehensif yang kita nikmati hari ini.

“Kami menghargai bahawa kamu secara terbuka menyokong inisiatif “Belt and Road” dan mengalu-alukan pelaburan China sebaik sahaja memegang jawatan.

“China sentiasa menganggap Malaysia sebagai rakan kongsi penting dalam insiatif Laluan Sutera Maritim abad ke 221, dan bersedia mempromosikan Inisiatif Belt and Road bersama Malaysia, memacu kemakmuran dan pembangunan dua negara, dan membina Komuniti Kepentingan Bersama Asia.”

Tambahnya, China percaya hubungan dengan Malaysia, dengan kerajaan baharu Pakatan Harapan, akan menuju ke peringkat seterusnya.

Dr Mahathir berkata, Malaysia mengalu-alukan pelabur China dan Beijing sentiasa menjadi sekutu dan rakan kerjasama pembangunan yang penting.

“Kerajaan baharu akan memperkembangkan kerjasama dengan China, terutamanya dalam bidang politik, ekonomi dan perdagangan.” – 24 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen