Musa Aman nafi ugut Yang Dipertua Negeri Sabah


The Malaysian Insight

BEKAS ketua menteri Sabah Musa Aman menafikan bahawa beliau mengugut Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin untuk beliau mengangkat sumpah sebagai ketua menteri.

Peguamnya Zahir Shah dalam satu kenyataan hari ini juga menyatakan rasa kesal Musa kerana terpaksa mengheret Juhar mahkamah berhubung siapa ketua menteri yang layak sama ada beliau ataupun pemimpin Warisan Shafie Apdal.

“Musa Haji Aman menafikan semua dakwaan berhubung ugutan jenayah terhadap Tuan Yang Terutama Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin atau mana-mana individu..Tambah Musa, akhirnya undang-undang mesti digunakan dan perlembagaan Sabah mesti dihormati dan dipatuhi,” katanya.

Terdahulu hari ini, pesuruhjaya polis Sabah Ramli Din berkata, polis sedang mencari Musa untuk diambil keterangan berikutan laporan polis yang dibuat oleh Juhar terhadapnya berhubung ugutan jenayah pada malam Musa mengangkat sumpah pada 10 Mei.

Ramli berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan menyatakan enam saksi dudah diambil keterangan setakat ini.

Tambahnya, Musa kini tiada di Kota Kinabalu, Sabah.

Musa Aman mengangkat sumoah sebagai Ketau Menteri pada 10 Mei selepas memenangi majoriti mudah dengan tambahan dua kerusi daripada Star Sabah.

Namun kurang 48 jam selepas itu, beberapa Adun Barisan Nasional memutuskan untuk menyertai Warisan termasuk Upko yang memberi Warisan-PH tambahan lima tahun dan memperoleh majoriti 35-25 kerusi.

Shafie mengangkat sumpah pada 12 Mei, dua hari selepas Musa mengangkat sumoah sebagai ketua menteri. – 24 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen