Arul Kanda bebas saman saya, kata Guan Eng


The Malaysian Insight

LIM Guan Eng tiada masalah dengan rancangan Arul Kanda untuk menyamannya kerana menggelar Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu “tidak jujur dan tidak boleh dipercayai”.

Menteri Kewangan itu berkata jika itu benar, maka beliau akan menunggu surat saman dari Arul.

“Sudah tentu saya tak tahu jika dia akan saman, tapi dia bebas berbuat demikian.

“Dia perlu ingat, dia adalah kakitangan 1MDB. Dan dia sekarang satu-satunya pekerja 1MDB dan 1MDB dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan,” katanya pada sidang akhbar di kementeriannya hari ini.

Lim juga berkata beliau akan memaklumkan media mengenai sebarang perkembangan.

Arul hari ini mengeluarkan kenyataan menafikan kenyataan Lim yang disifatkannya fitnah pada sidang media di Kementerian Kewangan semalam.

Beliau berkata tidak adil untuk Lim membuat kenyataan yang tidak berapa tepat dan mewakili cara soalan yang dikemukadan dijawab.

“Keadaan saya dan konteks jawapan saya tidak dimasukkan sehingga ia menghasilkan gambaran yang tidak benar dan negatif tentang saya.

“Jadi, atas kapasiti peribadi saya dan tiada kene mengena dengan jawatan saya serta hanya berkaitan dengan kenyataan beliau, saya telah mendapatkan nasihat dari peguam. – 24 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen