AHLI pasukan siasatan 1MDB bertemu dengan pegawai Amerika Syarikat di Putrajaya semalam bagi membincangkan bagaimana untuk membawa balik aset yang yang dibeli dengan wang yang didakwa dicuri daripada syarikat pelaburan negara itu yang kini dibekukan di Amerika Syarikat.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pasukan berkenaan hari ini, pertemuan dengan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) di Putrajaya juga bagi membincangkan bagi mewujudkan bantuan undang-undang bersama (MLA) dalam siasatan itu.
Pasukan siasatan berkenaan diwakili oleh bekas peguam negara Abdul Gani Patail, bekas ketua pesuruhjaya SPRM Abu Kassim Mohammed, ketua Cawangan Khas Abdul Hamid Bador dan ketua pesuruhjaya SPRM Mohd Shukri Abdull.
Pada pertemuan itu, FBI turut menjelaskan pihaknya teah menulis surat kepada bekas ketua pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad pada 13 November, 2016, untuk meminta bantuan bagi siasatan 1MDB, namun tiada sebarang maklum balas.
Menurut kenyataan itu, DoJ turut mengirim surat yang sama kepada bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali pada 22 September, 2017, meminta bantuan melalui MLA namun ia tidak dilayan. – 24 Mei, 2018.
Komen