MAHKAMAH Perusahaan tidak akan bercuti, sama ada cuti hujung minggu atau cuti umum, sehingga selesai semua 1,970 kes yang tertangguh kerana hal-hal pentabdiran yang lembab, kata Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran.
Tegas beliau, mahkamah itu ada masa tiga bulan untuk menyelesaikan semua kes yang tertangguh itu.
“Saya beritahu mereka perlu ada (bekerja) hari minggu ini.
“Saya beritahu mereka, Sabtu, Ahad, kamu semua buat kerja. Hari Wesak ini ramai yang tak menyambutnya jadi stay back dan kerja. Malam pun stay back dan kerja.
“Saya tak mahu lihat ini (kerja tergendala). Semua surat yang datang ke pejabat saya dalam tempoh 48 jam mereka kena balas,” katanya pada sidang media selepas melawat Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia (Perkeso) di Wisma Perkeso di Kuala Lumpur hari ini.
“Kami harap dapat mempercepatkan proses itu dalam tempoh tiga bulan. Kalau tak, saya (sebelum ini) beritahu mereka perlu siapkan (semua kes) dalam masa sebulan,” katanya. – 24 Mei, 2018.
Komen