Caruman untuk suri rumah, Dr Wan Azizah akan jumpa KWSP


The Malaysian Insight

DR Wan Azizah Wan Ismail akan mengadakan pertemuan dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) minggu hadapan bagi membincangkan mekanisme pengenalan caruman KWSP untuk suri rumah.

Menteri wanita, pembangunan keluarga dan masyarakat itu mengatakan RM50 akan diperuntukkan untuk setiap suri rumah di bawah skim itu.

“Saya akan jumpa dengan CEO KWSP kerana kami perlu menentukan mekanisma terbaik untuk memilih siapa yang layak.

“Dua peritus caruman datangnya daripada gaji suami,” katanya kepada wartawan di kementerian itu hari ini.

“Sebuah pasukan petugas khas juga akan dibentuk bagi menilai pertumbuhan dan masalah obesiti kanak-kanak, terutama daripada keluarga miskin,” tambahnya.

Katanya, pakar seperti ahli ekonomi, pemakanan dan perubatan kanak-kanak akan dipanggil untuk memberikan sumbangan idea mereka. – 24 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen