Pasaran saham menjunam lepas kerajaan dedah kedudukan fiskal


The Malaysian Insight

FBM KLCI susut 2.21% atau 40.78 mata pada paras 1,804.25 ketika pasaran ditutup semalam susulan pendedahan kerajaan mengenai kedudukan fiskal negara, terutama mengenai hutang negara pada berjumlah RM1 trilion.

Jualan saham oleh pelabur luar negara di Bursa Malaysia menyebabkan FBM KLCI menjunam ke bawah paras psikologi 1,800 pagi ini, sehari selepas KLCI merekodkan prestasi paling buruk di rantau Asia-Pasifik.

Pada jam 9.50 pagi, pasaran KLCI jatuh 28.59 mata, atau 1.58% kepada 1,775.66.

FBM KLCI susut 2.21% atau 40.78 mata pada 1,804.25 ketika pasaran ditutup semalam. Ia ekoran kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengenai kedudukan fiskal negara.

Jualan di bursa itu sebahagian besarnya ekoran kebimbangan pelabur hutang itu mungkin lebih tinggi daripada yang dilaporkan.

Selain itu, pelabur juga bimbang dengan langkah kerajaan menghapuskan cukai barangan dan perkhidmatan serta pengenalan semula subsidi bahan api, menurut satu bank pelaburan.. – 24 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen