SEBAGAIMANA dijanjikan dalam manifesto, semua menteri Pakatan Harapan (PH) akan mengisytiharkan aset mereka tidak lama lagi, kata Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Wan Azizah berkata Menteri Kewangan Lim Guan Eng dijangka mengisytiharkan asetnya tidak lama lagi.
“Ia adalah sebahagian daripada apa yang kita janjikan ... Ini adalah sebahagian daripada pengurusan yang kita buat.
“(Dijangkakan) menteri kewangan (mengisytiharkan asetnya tidak lama lagi),” katanya kepada pemberita selepas melapor diri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini.
Beliau berkata Kabinet Pakatan Harapan “sudah bersedia” berdepan cabaran yang akan datang.
“Ada perkara yang perlu kita ambil dan terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan, dan kita semua sedar kita perlu memenuhi janji-janji kita dalam masa 100 hari.
Menurut kenyataan akhbar oleh kementerian itu, fokusnya adalah untuk meningkatkan lapan matlamat sasaran - wanita, keluarga, warga tua, kanak-kanak, orang kurang upaya, mangsa bencana, orang miskin dan organisasi sukarelawan. – 24 Mei, 2018.
Komen