Bekas eksekutif Petrosaudi, Justo Xavier jumpa pasukan petugas khas SPRM


The Malaysian Insight

ANDRE Xavier Justo yang disoal oleh polis Malaysia beberapa tahun lepas selepas pendedahannya terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dilihat berada di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini

Bekas eksekutif Petrosaudi International itu dipercayai untuk berjumpa pasukan petugas khas SPRM, yang ditemuinya semalam.

Malaysia Decides difahamkan beliau mempunyai beberapa maklumat untuk dikongsi yang boleh membantu dengan siasatan 1MDB.

Awal minggu ini, Justo dalam laman Facebook memuat naik gambarnya dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Berdasarkan catatannya, beliau nampaknya mengikuti perkembangan politik Malaysia jejak beberapa waktu.

Pengguna Facebook yang berada dalam senarai rakannya secara umum memuji Justo terhadap tindakannya sebelum ini (mendedahkan butiran mengenai 1MDB) sebagai usaha untuk menyelamatkan Malaysia.

Justo dihukum penjara tiga tahun di Thailand beberapa tahun lalu kerana mencuri 90 gigabait data termasuk e-mel, dokumen dan bahan lain daripada PetroSaudi International.

Justo dibebaskan pada 20 Disember 2016 selepas hanya menjalani hukuman penjara setahun selepas menerima dua pengampunan diraja - pertama daripada Raja Bhumibol Adulyadej pada Ogos 2016 dan kedua dariapada raja baru, Raja Maha Chakri Bodindradevarangkun. – 24 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen