Arul Kanda minta nasihat peguam tangkis 'serangan' menteri kewangan


The Malaysian Insight

PRESIDEN 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy menangkis kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang menggelarnya “tidak jujur” dan “tidak boleh dipercayai”.

Arul berkata, tuduhan itu tidak adil padanya dan beliau kini sedang mendapatkan nasihat guaman berhubung “serangan peribadi” oleh Lim ke atasnya itu.

Dalam kenyataannya, Arul berkata tuduhan Lim itu tidak menggambarkan cara soal jawab dikendalikan semasa beliau memberi penjelasan kepada menteri kewangan itu semalam.

Jelas Arul, konteks jawapan beliau dan juga keadaan yang dialaminya pada waktu itu tidak dinyatakan oleh Lim, sehingga memberi gambaran buruk ke atas dirinya.

“Oleh itu, dalam kapasiti peribadi saya tidak berkait dengan penjawatan dan khususnya berkait dengan kenyataan beliau sahaja, saya mendapatkan nasihat perundangan daripada peguam saya untuk menasihati saya mengenai pilihan yang ada,” katanya. – 24 Mei, 2018.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen