IKRAR Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk mengkaji semula pelaburan asing yang nampaknya merugikan Malaysia tidak bermakna kerajaan menentang pelaburan dari China, kata pakar ekonomi dan ahli Majlis Majlis Penasihat Kerajaan, Dr Jomo Kwame Sundaram.
Dalam surat kepada Financial Times, Jomo menjelaskan kedudukannya mengenai pelaburan infrastruktur dari China di Malaysia, dan menyebut artikel yang diterbitkan oleh akhbar itu pada 16 Mei “China’s south-east Asia push threatened by new Malaysia regime” sebagai gambaran yang salah terhadap pendirian kerajaan.
“Ia memberi gambaran yang salah mengenai penolakan rakyat Malaysia terhadap kleptokrasi yang memerintah negara ini dalam dekad yang lalu,” katanya dalam surat bertarikh 23 Mei.
“Pada 9 Mei, rakyat Malaysia dengan tegas menolak pelaburan asing yang tidak bertanggungjawab dan pinjaman meragukan yang boleh membeban dan memusnahkan ekonomi, dan mereka yang bersubahat.
“Penentangan popular terhadap projek sedemikian bukanlah termasuk bantahan terhadap semua pelaburan dari China,” tulisnya.
Jomo berkata kerajaan baru lebih arif mengenai pelaburan asing, dan sementara pelaburan yang meragukan akan berdepan lebih banyak kawalan rapi, kerajaan akan mengalu-alukan pelaburan yang menyumbang kepada kemajuan negara.
“Seperti kerajaan China, kerajaan Malaysia yang baru jauh lebih bersikap diskriminasi, dan mengiktiraf pemindahan FDI dan teknologi dari luar negara penting untuk kemajuan masa depan.”
Jomo berkata terdapat keperluan mengkaji beberapa projek pelaburan sedia ada dengan China yang tidak berdaya maju secara ekonomi.
Menurutnya, projek projek Landasan Keretapi Pantai Timur bernilai RM67 bilion tidak boleh dianggap sebagai pelaburan asing dari China, tetapi sebaliknya merupakan pinjaman besar daripada bank eksport-import negara bagi 85% daripada kos projek dengan beberapa syarat utama.
“Projek itu dianugerahkan oleh kerajaan sebelumnya kepada syarikat China tanpa sebarang persaingan, apalagi proses telus, dengan pelbagai keistimewaan khusus termasuk pengecualian cukai,” tulisnya.
Jomo berkata projek itu dipercepatkan untuk dimulakan tahun ini, dan dijangka siap dalam tempoh tujuh tahun, walaupun perunding mengesyorkan ia dilanjutkan selama lebih 18 tahun. Tambah membangkitkan kecurigaan, kira-kira satu perempat daripada jumlah pinjaman sudah diserahkan selepas hampir empat bulan.
“Tidak dinafikan beberapa pelaburan asing yang tidak boleh dipercayai di Malaysia melibatkan pelabur swasta dari China. Tetapi pihak berkuasa China malu dengan tingkah laku yang tidak bertanggungjawab itu, dan mengambil tindakan mengawal aliran modal ke luar,” katanya. – 24 Mei, 2018.
Komen