Pusingan kedua soal siasat, Najib tiba di SPRM


The Malaysian Insight

NAJIB Razak tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya untuk sesi kedua soal siasat kes melibatkan SRC International, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Peguamnya, bekas Peguam Cara Negara II Mohd Yusof Zainal Abiden tiba lebih awal.

Turut dikesan berada di Ibu Pejabat SPRM adalah bekas eksekutif Petrosaudi International dan pemberi maklumat Andre Xavier Justo.

Najib didakwa menerima RM42 juta daripada 1MDB disalurkan kepadanya menerusi SRC International ke dalam akaun peribadinya antara Disember 2014 dan Februari 2015.

Bekas perdana menteri itu sebelum ini sudah disoal siasat Selasa lalu, tetapi diminta kembali untuk pusingan kedua selepas SPRM menemui bukti baru. – 24 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen