Dr Wan Azizah mula tugas di Kementerian Wanita dan Pembangunan Keluarga


The Malaysian Insight

MENTERI wanita dan pembangunan keluarga yang juga timbalan perdana menteri wanita pertama Malaysia memulakan hari pertama di kementerian itu hari ini.

Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di kementerian pada jam 8.45 pagi untuk memulakan tugasnya mengikut jadual pada jam 9 pagi.

Ketika majlis ringkas untuk memulakan tugasnya sebagai menteri, beliau juga sempat berjenaka menyentuh pemotongan gaji semua menteri bagi meningkatkan peruntukan kementerian.

“Hari pertama mesyuarat Kabinet dah umum gaji kena potong,” katanya disambut gelak tawa kakitangan kementerian.

Menurut kenyataan media kementerian, fokus Dr Wan Azizah di kementerian itu adalah meningkatkan kualiti kehidupan lapan kelompok sasaran- wanita, keluarga, warga emas, kanak-kanak, orang kelainan upaya, mangsa bencana, orang miskin dan organisasi sukarelawan. – 24 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen