KEMENTERIAN Kewangan akan mengambil alih pejabat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Lim Guan Eng.
“Kami telah mengarahkan para pegawai atasan mengambil alih bangunan tersebut, seperti yang dipersetujui oleh pemegang saham, dan mereka akan menyerahkan kunci kepada kami,” kata Menteri Kewangan itu selepas bertemu Ketua Eksekutif 1MDb Arul Kanda hari ini.
Lim berkata semua dokumen diharapkan berada di pejabat 1MDB.
“Lembaga pengarah berkata mereka akan menyerahkan semua dokumen kepada kementerian, termasuk surat-surat yang dikeluarkan oleh bekas menteri kewangan (Najib Razak).”
Lim juga berkata aset-aset 1MDB semuanya adalah dari Kementerian Kewangan.
“Kementerian Kewangan memindahkan aset-aset itu kepada 1MDB pada harga yang rendah dan kemudian mereka memindahkanya semula ke kementerian.
“Ini adalah permainan untuk menutup mata rakyat Malaysia.
“Kerajaan Persekutuan akan membayar lagi RM954 juta faedah tahun ini.
“Ini tidak masuk akal kerana wang itu boleh digunakan untuk rakyat. Banyak yang boleh dimanfaatkan.” – 23 Mei, 2018.
Komen