PEGUAM terkenal, Muhammad Shafee Abdullah dilihat memasuki rumah bekas perdana menteri Najib Razak di Jalan Langgak Duta hari ini.
Shafee tiba pada jam 6.20 petang bersama pemandunya.
Beliau dilantik sebagai ketua pendakwa raya oleh bekas peguam negara Abdul Gani Patail dalam kes liwat kedua Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim.
Pada Jun lalu, Sarawak Report mendakwa Shafee menerima wang masing-masing sebanyak RM4.3 juta dan RM5.2 juta pada 2013 dan 2014.
Anwar memfailkan saman pada 9 Jun untuk membatalkan sabitan liwatnya atas alasan bahawa beliau dinafikan perbicaraan yanga dil.
Pada 9 November, Hakim Mahkamah Tinggi Azizah Nawawi membenarkan kerajaan membatalkan rayuan itu atas alasan tuntutan Anwar berkaitan pembayaran RM9.5 juta adalah tuduhan tanpa bukti.
“Beliau tidak memberi sebarang bukti untuk menyokong tuduhannya,” Azizah dilaporkan sebagai berkata.
Najib merancang untuk menggantikan Harpal Singh Grewal dengan Yusof Zainal Abideen dan M Puravalen serta mengarahkan penggantian itu sebaik sahaja dua bekas peguam jenayah itu bersetuju untuk membelanya. – 23 Mei, 2018.
Komen