Projek kereta api berkelajuan tinggi KL-Singapura mungkin akan dihentikan


The Malaysian Insight

SELAIN memotong gaji menteri, Putrajaya akan cuba mengurangkan hutang negara sebanyak RM1 trilion, kira-kira 65% daripada KDNK dengan membatalkan atau menimbang semula beberapa projek, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Awal minggu ini perdana menteri menyalahkan penyalahgunaan kuasa kerajaan Najib Razak atas jumlah hutang tersebut.

Dr Mahathir berkata gaji menteri Kabinet akan dipotong sebanyak 10% dan kerajaan telah memutuskan “tidak lama lagi” sama ada akan meneruskan projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura.

“Ini akan diuruskan oleh menteri kewangan dan dalam proses pengurangan perbelanjaan kami, tiada siapapun yang bergaji rendah yang akan terjejas,” tambah Dr Mahathir.

Najib sebelum ini berkata hutang negara ialah di bawah 55% daripada KDNK.

Namun, Dr Mahathir berkata ramai mengatakan angka itu adalah tidak benar. – 23 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen