Isa Samad diberi tempoh seminggu letak jawatan SPAD


The Malaysian Insight

ISA Samad diberi masa seminggu untuk meletak jawatan sebagai pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Loke yang merupakan menteri baru dilantik itu berkata demikian selepas pengumuman Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini yang SPAD akan dibubar dan peranannya diambil alih kementerian diterajui Loke.

“Pengerusi SPAD Isa Samad perlu letak jawatan serta merta. Selaku bekas menteri, saya harap dia akan bertindak secara kehormat dan sukarela meletak jawatan.

“Saya tak suka terpaksa tamatkan khidmatnya atau keluarkan surat berhenti,” katanya hari ini pada majlis mesyuarat kementeriannya. – 23 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen