PENGARANG Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown masih dilarang masuk Sarawak, kata Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg.
Bernama melaporkan Abang Johari sebagai berkata yang Rewcastle-Brwon “masih dalam senarai sejak pentadbiran terdahulu”.
“Saya belum membuat keputusan (sama ada menarik balik larangan itu),” katanya seperti dipetik Bernama.
Rewcastle-Brown yang sebelum ini dilarang masuk Malaysia tiba di negara ini pada 18 Mei lalu selepas kemenangan Pakatan Harapan pada PRU14. – 23 Mei, 2018.
Komen