ARUL Kanda Kandsasamy tiba di Kementerian Kewangan untuk menjelaskan pelan rasionalisasi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ketua pegawai eksekutif 1MDB itu enggan bercakap dengan media ketika tiba sekitar jam 2.44 petang tadi tetapi masih mampu melemparkan senyuman kepada kamera media yang menunggunya sebelum dibawa masuk ke dalam bangunan itu.
Semalam, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengatakan Arul perlu memberikan penjelasan sama ada dana sarat hutang negara itu boleh membayar faedah pinjaman berjumlah RM143.75 juta yang dijadualkan pada 30 Mei ini.
Lim juga menambah bertentangan dengan cerita mengenai 1MDB dikisahkan pentadbiran Barisan Nasional sebelum ini, hutang 1MDB dibayar oleh MoF sejak April 2017 dan bukannya hasil keuntungan janaan pelan rasionalisasi syarikat itu. – 23 Mei, 2018.
Komen