KABINET memutuskan pemotongan gaji sebanyak 10% sebagai sebahagian daripada langkah-langkah penjimatan kerajaan yang baru.
“Ini membuktikan kami prihatin terhadap isu kewangan kerajaan,” kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad semasa sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertamanya pagi ini.
Beliau berkata beberapa pegawai kerajaan dibayar gaji lebih tinggi berbanding menteri.
Namun, beliau berkata Kabinet tidak berhasrat untuk menaikkan gaji ahlinya.
“Ini adalah kebiasaan saya. Ketika kali pertama saya menjadi perdana menteri (pada 1981), perkara pertama yang saya lakukan ialah memotong gaji menteri dan pegawai awam kanan,” katanya. – 23 Mei, 2018.
Komen