Wang tunai, dokumen dirampas daripada rumah, pejabat Azeez


The Malaysian Insight

WANG tunai dan sekurang-kurangnya 20 mata wang asing dirampas daripada premis dikaitkan dengan Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim di Kedah dan Lembah Klang semalam, kata sumber.

Sumber memberitahu Malaysia Decides yang jumlah wang tunai dirampas mencecah RM500,000, tetapi jumlah mata wang asing masih belum dapat disahkan kerana proses pengiraan masih berjalan.

Pasukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga merampas beberapa dokumen berkaitan siasatan korupsi terhadap wakil rakyat itu.

Penyiasat memberitahu Malaysia Decides yang serbuan dilakukan serentak di pejabat Tabung Haji di Kuala Lumpur, rumah Azeez di Subang, sebuah lagi rumahnya dan pusat khidmat wakil rakyat di Baling.

Awal hari ini, Azeez mengesahkan beliau sudah meletak jawatan sebagai pengerusi Tabung Haji sebelum SPRM melakukan serbuan. – 23 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen