KAKITANGAN yang diperlukan dan mereka yang bergaji rendah dalam kalangan lantikan politik dalam perkhidmatan awam akan dikekalkan dengan kontrak baru, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini.
“Kami akan tamatkan kontrak mereka tetapi akan dapatkan kembali pekerja yang diperlukan dan yang bergaji rendah.
“Mereka (yang bergaji rendah) taklah (lantikan) politik sangat, macam pemandu dan kerja sebegitu, orang dengan gaji rendah.
“Kami akan ambil kembali mereka. Tetapi, mula-mula kami akan tamatkan kontrak dahulu,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jemaah menteri Kabinet Pakatan Harapan di Putrajaya hari ini.
Beliau merujuk kepada 17,000 kakitangan lantikan politik pentadbiran terdahulu. – 23 Mei, 2018.
Komen