MENTERI Kewangan Lim Guan Eng mendedahkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah menipu rakyat Malaysia selama ini kerana mendakwa melunaskan sendiri hutang yang ditanggung.
Walhal, hutang itu dibayar menggunakan wang rakyat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini yang mencecah RM6.98 bilion.
“Jumlah ini termasuk bayaran kepada IPIC (International Petroleum Investment Company PJSC) sebagai sebahagian daripada penjarian penyelesaian berjumlah RM5.05 bilion.
“Perkara di atas mengesahkan kebimbangan orang ramai bahawa 1MBD pada asasnya menipu rakyat Malaysia dengan mendakwa mereka membuat bayaran melalui langkah rasionalisasi yang berjaya,” kata Lim.
Dalam sidang medianya, menteri itu juga berkata beliau telah mengarahkan pengerusi 1MDB Arul Kanda untuk memaklumkan kepadanya jika firma itu dapat membayar hutangnya minggu depan.
“Mengikut kontrak, jika 1MDB tidak dapat membayar mereka perlu utus surat kepada kami secara rasmi. Kemudian, kerajaan Malaysia yang perlu membayar,” kata Lim pada sidang media hari ini.
Dalam sidang medianya, menteri itu juga berkata beliau telah mengarahkan pengerusi 1MDB Arul Kanda untuk memaklumkan kepadanya jika firma itu dapat membayar hutangnya minggu depan.
Selain itu, beliau juga telah meminta penjelasan daripada ahli lembaga pengarah 1MDB, Kamal Mohd Ali dan Norazman Ayob. – 22 Mei, 2018.
Komen