LIM Guan Eng mengesahkan yang hutang negara kini melebihi RM1 trilion, seperti yang dimaklumkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada Isnin.
“Ya saya inggin sahkan apa yang Tun (Dr Mahathir) kata. Hutang negara memang sudah melebihi RM1 trilion,” kata menteri kewangan itu pada hari pertama bertugas di kementerian terbabit.
Dr Mahathir sebelum ini berkata hutang negara sudah mencecah lebih RM1 trilion.
Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata hutang negara ketika beliau pertama kali menjadi perdana menteri adalah berjumlah RM300 bilion.
Dr Mahathir merupakan perdana menteri selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003.
Berhubung isu pelaksanaan cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST), Lim berkata ia akan dikuatkuasakan sebelum akhir tahun.
“Mengikut manifesto Pakatan Harapan, kita akan menguatkuasakan semula kadar SST, iaitu 10% tetapi jika ada perubahan, kami akan maklumkan.” – 22 Mei, 2018.
Komen