KERAJAAN akan menyelesaikan masalahh kanak-kanak bantut di kalangan keluarga berpendapatan rendah, kata Menteri Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Dr Wan Azizah berkata beliau terkesan dengan laporan yang dikeluarkan oleh Unicef pada Februari.
“Kanak-kanak ini terbantut dan mereka tinggal di Kuala Lumpur,” kata Dr Wan Azizah pada sidang media pertama beliau di Pejabat Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.
Selain daripada kebajikan kanak-kanak, timbalan perdana menteri berkata kebajikan warga emas dan pemerkasaan wanita juga akan diberi perhatian.
Beliau juga akan berusaha memperbaiki kecekapan pentadbiran kementeriannya dan mengurangkan pembaziran.
Kementerian yang dahulunya dikenali sebagai Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, mempunyai peruntukan RM1.98 bilion pada 2017.
Ada lima agensi di bawah kementerian ini: Jabatan Kebajikan Sosial, Jabatan Pembangunan Wanita, embaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Institut Sosial Malaysia dan Non-Aligned Movement Institute for the Empowerment of Women.
Tiada satu pun yang khusus untuk kanak-kanak dan warga emas.
Purata kebantutan kebangsaan di kalangan kanak-kanak di Malaysia telah meningkat dari17% pada 2006 kepada 20.7% pada 2016.
Berdasarkan laporan “Children Without: A study of urban child poverty and deprivation in low-coast flats in Kuala Lumpur” yang diterbitkan pada 2017, purata kebantutan lebih tinggi di kalangan kanak-kanak yang kurang bernasib baik, iaitu 22% di Kuala Lumpur dan 24% di Putrajaya.
Dengan purata pendapatan bulanan sebanyak RM2,500, kajian itu mengatakan keluarga-keluarga ini tidak mampu menyediakan makanan yang sihat untuk anak-anak meeka disebabkan harga makanan yang tinggi.
Laporan tersebut menekankan bahawa kanak-kanak yang tinggal di flat-flat kos rendah juga kekurangan tempat belajar yang kondusif. – 22 Mei, 2018.
Komen