SPRM serbu rumah Jeffrey Kitingan


The Malaysian Insight

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu rumah pemimpin Star Sabah, Dr Jeffrey Kitingan malam tadi.

Sebelum ini, khabar angina bertiup kencang menerusi media sosial yang Jeffrey menerima bayaran RM20 juta untuk dua kerusi dimenangi parti dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) itu supaya memihak kepada Barisan Nasional (BN).

Warisan dan BN masing-masing menang 29 kerusi, menjadikan Jeffrey dan partinya “kingmaker” dalam pilihan raya sengit itu.

Menurut seorang ahli parti yang hanya mahu dikenali sebagai Dino, pegawai SPRM berada di rumah Jeffrey di Likas pada tengah malam dan di pejabat Star pada jam 10.30 malam.

Rumah Adun Bingkor Robert Tawiq juga diserbu semalam, menurut sumber lagi, menambah yang pegawai SPRM juga merampas sekitar RM80,000 wang tunai dari rumah Jeffery malam tadi.

“Pegawai SPRM menembual kakitangan bertanyakan soalan seperti berapa banyak gaji mereka dan bagaimana parti menjana dana.

“Kami beritahu yang wang datang daripada yuran keahlian dan derma kepada parti,” katanya.

Dino juga mengatakan dia diminta datang ke pejabat SPRM bersama-sama Setiausaha Agung Guandee Kahoi untuk soal siasat lanjut.

“Kami diberitahu yang pegawai SPRM akan memulangkan kembali wang tunai RM80,000 yang dirampas kepada Dr Jeffrey kerana mereka tidak menemui kaitan antara dakwaan habuan RM20 juta dan wang yang ditemui di rumah presiden,” katanya. – 22 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen