Shafie beri jaminan mampu pegang 2 jawatan


The Malaysian Insight

SHAFIE Apdal yakin keputusannya untuk memegang jawatan menteri kewangan negeri tidak akan menyebabkan sebarang penyalahgunaan kuasa.

Ketua Menteri Sabah berkata kewangan negeri berada dalam keadaan baik, tanpa mengira siapa yang memegang jawatan pada masa ini.

“Saya tegaskan, jangan salahkan kereta, ia boleh jadi salah pemandu,” katanya selepas bertemu ketua jabatan dan setiausaha pelbagai kementerian di Sabah hari ini.

Shafie membuat analogi itu ketika membandingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan bekas ketua menteri Musa Aman yang turut memegang jawatan menteri kewangan negeri.

Keputusan Shafie itu menerima kritikan dan beberapa pihak memulakan petisyen agar beliau melepaskan jawatan itu.

Di bawah manifesto Pakatan Harapan (PH), sesiapa sahaja yang memegang jawatan tertinggi tidak dibenarkan memegang portfolio kedua, terutamanya menteri kewangan.
Parti Warisan, bukan sebahagian daripada PH.

Sehingga kini, petisyen itu mendapat lebih 17,000 tandatangan.

Terdahulu, Shafie berkata Kabinetnya sedang meneliti janji-janji pilihan raya dan akan mengumumkannya yang akan ditunaikan dalam tempoh 100 hari pertama.

Antara perkara yang akan dipertimbangkan oleh kerajaannya ialah penghapusan hakmilik komunal dan menyelesaikan masalah perkauman dan agama di Sabah.

Ketua menteri juga akan bertemu dengan Komando Keselamatan Timur Sabah (Esscom) dan Majlis Keselamatan Negara, esok untuk membincangkan isu-isu keselamatan di negeri ini.

Salah satu rundingan kempen pilihan raya yang dibawa oleh Warisan ialah memindahkan Kem Angkatan Tentera Lokkawi di Pantai Barat ke Pantai Timur. – 22 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen