Pakatan akan tubuh pasukan petugas khas tunai janji PRU14, kata Dr Wan Azizah


The Malaysian Insight

SEBUAH pasukan petugas khas akan ditubuhkan bagi membantu pelaksanaan semua janji perubahan yang diberikan Pakatan Harapan, kata Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sudah bersetuju dengan penubuhan pasukan petugas khas itu walaupun butiran mengenainya masih perlu dibincangkan, katanya kepada wartawan hari ini.

“Fokus khas akan diberikan kepada keusahawanan sosial, pembangunan kepimpinan wanita dan inisiatif Projek Harapan,” katanya.

Dr Wan Azizah yang juga menteri wanita dan pembangunan keluarga, berkata keutamaannya adalah untuk bekerjasama dengan Dr Mahathir memenuhi janji PH kepada rakyat terutama sekali 10 perubahan dasar yang akan dilakukan mereka dalam tempoh 100 hari berkuasa.

10 perkara itu termasuklah menurunkan kos sara hidup, menstabilkan harga mintak, menghapuskan hutang peneroka Felda, memperkenalkan caruman Kumpulan Wang Simpana Pekerja (KWSP) untuk suri rumah, meningkatkan gaji minimum, menyelesaikan skandal besar melibatkan 1MDB, Tabung Haji dan Felda antara lainnya.

PH juga membuat janji khas untuk lima komuniti khusus dalam manifestonya; wanita, warga emas, belia, orang India Malaysia dan peneroka Felda.

Dr Wan Azizah akan menerajui perubahan dijanjikan PH terhadap wanita dan warga emas. – 22 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen