POLIS akan menyiasat dakwaan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Shukri Abdul yang mengatakan beliau diancam.
“Sekiranya ada laporan dibuat, pihak polis mesti menyiasat dakwaan tersebut. Hasil siasatan akan diserahkan kepada pihak berkenaan dan jika ada kes prima facie, tindakan akan diambil,” kata Menteri dalam negeri yang baru, Muhyiddin Yassin.
“Jika Shukri mempunyai maklumat mengenai nyawanya terancam beliau harus memberikannya kepada pihak polis untuk menyiasat. Jika terdapat kes seperti itu, kami ingin melihat hasilnya,” kata Muhyiddin semasa sidang akhbar pertamanya di Kementerian Dalam Negeri petang ini.
Muhyiddin menjawab soalan sama ada polis akan menyiasat dakwaan Shukri yang beliau diganggu dan diancam semasa menyiasat skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Shukri juga berkata bekas ketua polis negara menugaskan orang mengekorinya semasa beliau menyiasat kes 1MDB di Amerika Syarikat.
Semasa sidang akhbar di ibu pejabat SPRM hari ini, Shukri berkata beliau memilih untuk bersara lebih awal selepas menerima ugutan pada 2015.
Bersama ketua SPRM ketika itu yang disandang Abu Kassim Mohamed, Shukri meninggalkan SPRM secara tiba-tiba pada Julai 2015 selepas kedua-duanya mengatakan ada yang tidak kena dengan transaksi RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd kepada bekas perdana menteri perdana menteri Najib Razak.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Fuzi Harun berkata beliau akan meneliti dakwaan Shukri yang penyandang sebelum ini bertindak keluar dari bidang kuasanya.
“Saya tidak sedar mengenai dakwaan itu tetapi saya akan memeriksanya,” kata Fuzi.
Mengenai penyiasatan polis terhadap 1MDB, beliau berkata kes itu sedang disiasat oleh banyak pihak dan beliau akan memaklumkan perkembangan terkini kepada orang ramai apabila siap.
Sementara itu, Muhyiddin berkata tugas pertamanya adalah mengkaji undang-undang tertentu untuk melihat sama ada ia masih perlu atau perlu dipinda.
Antara undang-undang yang disebutkan adalah Akta Pencetakan dan Penerbitan, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas), Akta Hasutan, Akta Perhimpunan Aman, Pencegahan Akta Keganasan dan lain-lain.
Beliau berkata kementerian juga akan mengkaji untuk meningkatkan kecekapan tertentu dan melihat kembali situasi pekerja asing di negara ini.
Menteri berusia 71 tahun itu berkata kementerian juga akan melihat isu pendatang haram di Sabah. – 22 Mei, 2018.
Komen