MENTERI Pendidikan kerajaan Pakatan Harapan Dr Maszlee Malik berikrar untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).
Menteri yang baru mengangkat sumpah itu dilaporkan Bernama sebagai berkata Auku akan dimansuhkan untuk mengangkat kualiti pendidikan Malaysia ke peringkat antarabangsa.
“Auku akan dimansuh bagi memberikan kebebasan akademik dan mengangkat taraf pendidikan negara ke peringkat antarabangsa,” kata Maszlee dipetik berkata.
PH dalam manifesto pilihan raya sebelum ini berikrar akan memansuhkan undang-undang yang dianggap menghalang pelajar melibatkan diri dalam politik.
Sebelum Auku digubal pada 1971, pelajar university mempunyai badan pelajar yang bebas secara kewangan yang membolehkan mereka menganjurkan demonstarsi dalam dan luar kampus serta menjemput ahli politik kerajaan dan pembangkang untuk berucap dalam kampus. – 22 Mei, 2018.
Komen